3 November 2016 (Jumaat)
Entah kenapa boleh terdampar dilaman bloq ini.. Lama dah tak tengok kerana saya sendiri pun tidak pandai untuk bercerita ataupun untuk mengarang cerita.
Ya..., bercakap mengenai mengarang cerita, teringat saya ketika zaman persekolahan, Saya rasa mungkin ramai daripada anda akan mengimbas kembali zaman sekolah yang sungguh nostaljia..
Saya di sekolahkan di sekolah perempuan Convent Sungai Petani dari sekolah rendah sehinggalah tingkatan 5 di sekolah menengah Convent juga.
Ketika dialam persekolahan, saya sememangnya seorang yang pendiam dan tidak pandai bergaul atau bergurau dengan rakan-rakan. Tidak pandai bersembang dan tidak tahu apa nak dibualkan.
Sikap yang begini mungkin terbawa-bawa dari ibu saya sendiri yang tidak banyak berbual dengan anak-anaknya. Tetapi saya tidak salahkan beliau kerana saya tetap menghormati ibu adalah guru yang terbaik untuk kami empat beradik. Ayah juga tidak banyak bercakap atau berbual-bual dengan kami sebab dia sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai anggota polis.
Walaupun sikap pendiam saya itu terbawa sehingga kehari ini, tapi saya selalu juga mesra bersama-sama rakan sekolah cuma saya tidak banyak bercakap sahaja.
Kemana saja rakan2 pergi saya turut menemani mereka dengan berbasikal. Hampir semua pelusuk kampung ketika itu, saya akan berbasikal.
Habis sekolah masing mencari rezeki sendiri sehinggalah saya terdampar di Petaling Jaya dan berkahwin.
Saya hanya dikenali oleh rakan2 sekerja sahaja. Dunia saya banyak di tempat kerja. Kerja2 pejabat yang tidak pernah putus terus membebankan kehidupan seharian. Saya tidak pandai pula nak mencari hiburan seperti menonton wayang, ke karnival dll kerana suami yang saya kahwini juga tidak gemar untuk ketempat sebegitu.
Tapi semenjak mempunyai anak, kehidupan saya berubah sedikit kerana saya cuba membawa anak2 keluar dari kelompok kehidupan spt saya selama ini. Alhamdulilah anak2 membesar dengan pantas, seolah2 saya masih sayang nak melepaskan zaman bayi mereka, zaman anak2 baru belajar berjln dan sebgainya..
Kini anak2 dah remaja, saya mula terasa kesunyian bila mengenangkan mereka akan keluar meninggalkan saya apabila mereka mempunyai keluarga sendiri...
Apa yang saya fikirkan, saya akan kembali kesorangan seperti zaman remaja saya setelah suami tercinta dijemput Illahi 3 tahun lepas ketika seluruh umat Islam menyambut awal Muharram... Innalillahwainnahirojiun...
Tiada lagi kegembiraan, keceriaan cuma menghiburkan diri dgn banyak menghadiri dan mendekati program2 keagamaan. Itu saja yg termampu untuk menghabiskan sisa2 kehidupan ini.. Semoga segala amalan saya dapat keredhoaan Illahi..Aamiin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan